Tuesday, December 6, 2011

percutian yang manis

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih bernafas rupanya aku di dunia fana ini.

masyaAllah.. nikmat yang tidak terhingga dari Allah buat hambanya. Ku bersyukur ya tuhan..

sudah lama rasanya tiada post yang pure dari aku hehe. Asyik copy n paste jer.. bukan apa,bukan malas lah.. tapi agak sedikit kebizian yah disini.. musim mengaratkan otak telah sampai ke pertengahan..

Alhamdulillah.. selesai sudah muet. Hanya tawakal sahaja. insyaAllah..

Cuti ini pelbagai program, visi dan misi telah dilalui. Program masakan yang tak khatam2, program lepak2 ngan kwan2 huhu.Bagaimana dengan kalian? Mesti banyak juga kan. J Cuma persoalannya tercapai atau tidak sahaja objektifnya. J

Dalam semua program itu mahulah aku bercerita mengenai satu kem dimana aku lah yang menjadi cikgunya hohoho. Kem ini menarik minat aku kerna dinamakan jaulah helwah a.k.a percutian yang manis.. peserta terdiri dari anak2 taman sutera kajang berumur 7-12 tahun..aku agak teruja sebab ni first time aku conduct prog ngan dak skol ren. Selalunya dgn dak u n skol men jer. prog ni under PASTI taman sutera kajang ye.. tarikh nya 21 hb hingga 3dec. 2minggu lah maksudnya.tapi aku diminta lapor diri pd 19 nov k. diulangi 19 nov. maksudnya hari aku muet, haritu juga aku kena lapor diri. Baik!terbaik!. namun atas dasar naluri kecikguan yang tinggi, aku pergi juga walaupun tergesa2 hehe.

Sampi sahaja di s.alam, berita mengejutkan, kakak aku bersalin. Yahoo. Tambah lagi anak sedara aku. Maksudnya bertambah lagi seorang jundullah.. insyaAllah.. ameen.. bayi lelaki itu dinamakan Muhammad haziq hayyan. Maksudnya?? Cari sendiri. maka aku pun postpone lah tarikh aku lapor diri tu. Suka suki aku je kan haha. Tapi aku dah mintak kebenaran ye..

Maka 20 nov, bertolak lah aku ke taman sutera itu.sampai sahaja di pasti, kami bertolak lah ke tempat kem yang jauhnya adalah 2 minit berjalan kaki hahahaha. Selesai dibriefing sedikit, memang sikit pun ye pada malam itu. pulang lah kami ke pasti. Maksudnya para cikgu2 tidurnya di pasti tapi kemnya di sebuah rumah yang lain. Mengerti?? Cikgu yang ditugaskan untuk menjaga adalah aku, aka cikgu shuwai hehe kak ju atau, cikgu ju, dan kak bun atau cikgu rabunah. Sikit kan.. J. Kak bun ni sebenarnya cikgu pasti, tapi dia saja menolong kami berdua untuk minggu pertama ni. Minggu ni je lah.. cikgu yang menjaga pasti pula ada 4 orang termasuk kak bun, kak laila, kak ram dan kak mimi. Kesemuanya terbaek!

Hari pertama

Dengan semangat berkobar2 pagi tu aku pun turunlah dari pasti. Mak aih… ramainya.. ni btul ke semua join kem ni. Cikgu ada 3 org jer. Ohh rupanya itu campur budak2 daycare di pasti sekali. Lalu kami beratur dan bertolak ke kem. Waktu tu peserta ada lebih kurang 24 jer kut. Slot hari pertama adalah ice reaking dan team building. Dalam slot ice breaking kami telah memecahkan mereka kepada beberapa kumpulan dan akhirnya kepada 3 kumpulan yang kekal.

Ini kumpulan pertama. IMAM MUDA

Ini kumpulan kedua. ARGENTINA

Dan kumpulan ketiga, KL MUSLIM

Tapi kumpulan kl muslim ni asyik tukar nama jer, pada kl muslim n muslimah lah , muslim klcc lah, dan last sekali jadi muslim n muslimah.

Ok baik. Selepas berlaku sesi perkenalan, kami meminta mereka melantik ketua n pen dan menulisnya didalam kad manila. Selesai sahaja menulis, peserta direhatkan untuk menunaikan solat dhuha secara berjemaah. Ianya diimamkan oleh peserta sendiri dan kami sebagai cikgu perlu memastikan mereka solat dengan cara yang betul

Tengok tu.. kan ada yang salah..

Tamat dhuha, acara diteruskan dengan perbentangan. Hmmm masih malu2 lagi budak2 ni. Diteruskan lagi dengan makan tengahari dan rehat. Terpulang nak wat indoor game atau tidur. Tapi banyak lah yang main kan. Sebelum zohor peserta diarahkan untuk mandi terlebih dahulu dan diteruskan dengan solat zohor berjemaah. Untuk makluman, kesemua solat disini adalah diimamkan oleh anak2 kecik ni ye. Kami yang cikgu2 ni akan bergilir2 solat di tingkat atas.

Selesai solat dan zikir, maka acar seterusnya iaitu team building. Peserta diarahkan untuk membuat bentuk haiwan menggunakan surat khabar dalam kumpulan. Kumpulan imam muda diarahkan untuk membuat kura2, kumpulan argentina buaya dan kumpulan muslim muslimah kucing. Pandai betul mereka berimaginasi. Paling cantik sekali adalah kucing buatan kl muslim n muslimah walaupun kumpulan ni asyik bergaduh jer..

Tamat sahaja, peserta makan petang dan diteruskan dgn solat asar dan zikir…

Bersesuaian dengan nama kem, aku kena pastikan bahawa kem ini benar2 manis buat mereka disamping menyuntik nilai2 islam buat anak2 golongan elit ini.

TO BE CONT..

No comments: