Monday, October 6, 2014

TARIK PIPI, TUNJUK GIGI. OHSEM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua :D
sambil2 duk dengar lagu capital e by bittersweet ni, tiba2 rasa nak tulis blog. hehe. padahal dah lama dah nak tulis tapi xsempat2.
harini kembali buka folder lagu indie. folder yg certain time je aku dengar. which means u n me may have swinging mood today haha. motiff tulis? biar lah.

Rasulullah S.a.w bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu." 
(Hadith Riwayat Muslim).

ya. hadis yang simple. tapi susah sungguh nak mengikut hadis ni. tambah time bila kat tgh jalan. memang muka ketat je. dalam meeting muka ketat. dalam kelas muka ketat.
tanpa sedar ada hati yang terguris. tanpa sedar ada hati yang menangis. tanpa sedar ada hati yang terluka. eceh.. memang nampak ringan kat benda ni. apa lah sangat .tapi kadang2 efek dia saaaaangat besar.

ini fakta senyum yang aku dapat dari yang berhormat gugel menggugel

walaupun nmpak sangat copy pastenye, tapi rajin2 kan lah untuk membaca

15 fakta menarik Tentang Senyuman
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

dan aku bersyukur aku adalah seorang yang mudah tersenyum ^__^. walaupun ketika hati aku panas ketika itu. walaupun time tu rasa mcm nk hempuk org je haha. yg paling xbleh blah, bila ada orang pernah juga marah aku sebab aku suka tersenyum, tapi senyum tu melegakan segala keresahan yang berada di jiwa aku. senyum tu pengubat sebenarnya. 
insyaAllah walaupun aku marah o sedih o down, aku masih bleh kawal diri aku dengan tersenyum.
Alhamdulillah... bukan susah pun nak senyum. tunjuk gigi je hihi.

Sunday, September 21, 2014

PERSONALITY TEST

FAKTA : ORANG YANG KUAT KETAWA
- Berhati mulia
- Jiwang, Romantik
- Kuat merajuk
- Kaki bahan orang
- Pantang di cabar
- Pemaaf
- Suka kacau orang
- Suka main-main
- Suka buat lawak
- Selalu nampak happy
- Suka cari gaduh & masalah
- Suka tolong selesaikan masalah orang yang berkaitan dengan cinta
- Sentiasa happykan orang yang disekelilingnya
- Tapi sebenarnya dialah orang yang selalu menangis dalam diam & mempunyai seribu kisah pahit dalam hidupnya


hehe.. biar betul. auta semata2

Monday, September 15, 2014

KERASU NIHONGO

bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah masih berpeluang merasa nikmat iman dan islam.
semester ini agak berlainan kerana aku mengambil bahasa moden.
semalam merupakan kelas bahasa jepun aku yang kedua. baru start belajar.
bila ditanya, kenapa bahasa jepun jadi pilihan,jawapannya mudah, bahasa jepun cute haha. memandangkan aku dulu merupakan peminat jugak lah drama2 jepun ni, so layankan je lah. sebenarnya nak ambil bahasa mandarin o arab, tapi ntah kenapa tangan ni gatal click kat bahasa jepun juga. mungkin disebabkan pengalaman memonteng kelas bahasa arab sebelum ni kut hahaha. aku budak jahat kut dulu. dan mungkin juga kini.

nak penuhkan diri dengan ilmu bukan mudah. ada sahaja yang perlu dilakukan. sebagai contoh kalau nak tambah ilmu, kene jumpa ustaz, kene bergerak, kena bersiap bagai dan macam lagi. begitu pula dengan buk. kena beli buku, kena keluarkan duit dan macam2 lagi. hidup takkan pernah lari dengan pengorbanan right. so apa salahnya berkorban sket. eh tetibe plak haha.

semalam kami hanya belajar mengenali huruf hiragana.
sebenarnya ada 4 jenis penulisan bahasa jepun ni.

kenji, hiragana, katakana n romaji.

kenji ni level tinggi sikit lah. tunggu aku terer sikit, aku blajar kenal huruf kenji ni. haha, kami belajar hiragana je. hiragana ni macam level tadika je lah sebenarnya hihi.k katakana pula kata pinjaman bahasa yang bukan dalam jepun. contoh nama kita lah. walaupun ada gak certain nama melayu ni yang memang ada dalam jepun, tapi dia still kena guna perkataan dalam katakana. romaji ni kira huruf roman. simple pimple je romaji ni. so semalam kami baru belajar sebut n kenal perkataan hiragana. kelakar rasa. macam budak2 dah rasa hihi. tapi best. release kejap tension duk beljaq subjek2 core engine tu. kami juga diminta mempunyai nama jepun sendiri. bak kata lecturer aku, once masuk kelas dia, u r not malaysian anymore. aku nihonji. so kami kena kenalkan nama kami yang jepun tu kat depan kelas menggunakan budaya org jepun. polite lah.

hajimemashite-salam perkenalan. means baru first time kita jumpa dia.
desu- nak jadikan perkataan tu more formal n polite
doozo yooroshiku-sila beri tunjuk ajar.

aku sebenarnya dah setting dah nak guna nama apa kt dlam kelas tu.. sekali org sebelum aku perkenalkan diri, nama tersama daa. so aku ubah on da spot yang aku xtahu pun maksudnya.

tapi peduli apa aku. kat sini aku nak guna jugak nama yang aku cari tu.

"Hajimemashite. chiaki desu. dozoo yoroshiku"

chiaki means fine autumn. dah memang aku suka autumn. nk wat lagu mana kan.

ni antara vocab yang aku belajar baru2 ni.

midori-purple
hana-bunga
yuki-snow
skudai-kerja sekolah
nihongo-bahasa jepun
nihonji-orang jepun

lagi satu aku tahu, bahasa konsonan jepun xbleh berdiri sorang2. dia kena kawenkan atau buang terus. contoh nama saleh. dia akan jadi saree. atau kita tambah huru. sareha o sarehi o sareho, o sarehu. haaa macam tu lah.

sebenarnya menarik lah belajar bahasa moden ni. dan aku memang suka dari kecik lagi nak belajar bahasa ketiga keempat, kelima ni.
hehe.
itu sahaja buat hari ni. moga di[ermudahkan olehnya. Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad



Thursday, September 11, 2014

POSITIVE MIND

bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah 

baru sahaja mengeluarkan kata2 itu. Allah terus menguji dengan kata2 yang dikeluarkan.

Wahai org2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. As Saff.

Allah.
bersangka baiklah pada Allah.
bersangka baiklah pada makhlukNya
bersangka baiklah.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan ahli neraka pada pandangan mata manusia, padahal sebenarnya dia adalah  ahli syurga. Dan sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan mata manusia, padahal dia sebenarnya adalah ahli neraka” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



Rasulullah saw menegaskan lagi yang maksudnya : “Ada orang yang mengerjakan amalan ahli neraka, padahal sebenarnya ia adalah ahli syurga dan juga ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli syurga, padahal ia sebenarnya adalah ahli neraka. Sebab sesungguhnya amalan itu akan dinilai pada akhir hayat seseorang.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


zikir.
solawat. Allahumma solli ala Saiyyidina Muhammad

Monday, September 8, 2014

MISIKU KUNANG-KUNANG

Bismillahirrahmnirrahim.
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T atas segala-galanya.atas nikmat iman dan islam. Alhamdulillah Alhamdulillah.
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

SURPRISE!
NEW SEMESTER!

azam kali ni cuba tidak membiarkan blog ini usang dan sepi tanpa cinta. cuba cuba dan cuba. insyaAllah.

azam kali ni nak cuba jaga kesihatan dengan baik. cuba cuba dan cuba

azam kali ni nak ingat jalan dengan baik. errr

azam kali ni nak buang segala fobia mengenai kereta.

azam kali ni nak cuba bawak motor slow2 je. heh? mustahil2

azam kali ni....
nak dekat dengan Allah
nak pandai kawal rasa marah, xpuas hati,memberontak haha. ayat..

terlampau banyak yang ingin dicapai.
hakikatnya, kalau satu mende ini dapat ku gapai, tidak lagi ku kisah yang lainnya.
redha Allah.

moga tiap langkah
moga tiap helaan
moga tiap perkataan
moga tiap denyutan
sentiasa dibawah lembayung rahmatNya.

kerana..

langkah,helaan,perkataan,denyutan itu semua milik Allah.
aku,dia,ia, kamu dan mereka semua milik Allah