bismillahhirrahmanirrahim.. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah dapat lagi merasai nikmat iman dan islam. insyaAllah..
sudah lama betul aku tak menjenguk2 laman dashboard aku ni..haish..
sebenarnya ada jer citer nak dikongsikan..
tapi memang tahap kemalasan yang melampau untuk mencipta ayat..
terasa macam dah xtahu nak menulis blog
ok kali ni aku nak cerita pasal pesta buku kuala lumpur.
tanggal 2 hari lepas, a.k.a hari ahad, aku pergilah ke pwtc bersama abang dan anak sedaraku.
untuk apa?? pasti lah untuk mengikuti wahyu Allah yang pertama pada nabi Muhammad .
BACALAH!!
jadi seia dan sekata dengan wahyu ini, maka kami pun pergilah ke pesta buku tu dengan niat yang tersendiri.
bila lagi nak baca buku free kan.. haha
sampai jer kat pintu dewan tu, maka berlakulah perpecahan antara kami bertiga. aku ke utara, abg aku ke timur, anak sedara aku ke tenggara.
pergilah meronda2 di sekitar tingkat 2 tu.. sebnarnya aku da janji ngan sorang kakak ni nak membeli bersama2.tapi nak tunggu dia sampai punyalah lama. sempat lah kalau nak masak nasi berlauk kat situ.dia ni nak kata kakak usrah,dia xpernah usrah ngan aku. nak kata kakak senior, dia bukan satu u,sesekolah mahupun sepondok ngan aku. tapi adalah seorang kakak yang mungkin rapat dengan aku.
selepas hampir satu jam menanti dengan penuh kesabaran dan ketakwaan, maka sampailah orang yang di nanti. jumpa2, apa lagi teruslah kami menuju ke destinasi iaitu booth PTS di tingkat 1.
orang tu tak payah nak kata lah. macam semut duk hurung gula. bagus betul lah kan. membaca kan amaln mulia..
ok seperti yang semua tahu, PTS itu merupakan publisher untuk buku2 yang majoritinya banyak berunsurkan keagamaan dan motivasi. dan kami ini merupakan peminat setia mereka. tengok buku banyak2 ni terasa rambang mata pulak. semua nak grab.tambah2 kawan akak ni ada yang menjadi editor PTS.bolehlah kitorg guna kad dia. dapat lah diskaun 35%.tu yang rasa berkobar2 je nak membeli tu. memandang kan ada limitasi terhadap faktor kewangan, kami grab yang betul2 menarik hati jer. yang akak tu tak yah nak habaq lah.. majoriti buku yang dibeli berkaitan fasa ke dua hahaha. maklumlah.. dah makin hampir lah katakan..
smpat juga terserempak ngan abang aku kat dalam dewan PTS tu. and sempat jugaklah dia grab satu buku suruh aku bayarkan sekali. maklumlah..35% kan..
antara buku yang dibeli oleh aku di PTS adalah....
1)quranic super healing -Mustamir Abdullah
2)why Men Don't listen n women Can't Read Map(mlay) - Allan & barbara peas
3)how to Win friends & influence people -Dale Carnegie
4)Apa kata Islam mengenai wanita berpolitik -Shayuthy Abdul Manas
manakala buku abang aku tu,
Men Are From Mars, Women Are From Venus - John Gray
ok then aku n akak tu pun g lah kluar dari pwtc tu kejap untuk ambik angin sambil makan ais krim. tngah elok duduk depan tu, tiba2 aku disapa oleh 2 manusia kecil.
'maksu..'' katanya.
ya Allah.. anak2 sedara aku rupanya. terkejut gak aku. diorg datang ngan abg aku yang ketiga.
sempat juga lah diorang ni mengkidnap ais krim yang sedang dimakan oleh aku tu.
xsangka betul abang aku ni boleh ajak anak2 dia g pesta buku. i can't believe it.
seperti yang dijangka, selain dari buku2 skol yang pastinya dipilih oleh abang aku, pastinya adalah buku2 komik seperti lawak kampus, lawak shabu2 dan sewaktu dengannya. tapi kira ok lah.. melentur buluh biar dari rebung nya :)
setelah solat zuhur, kami meneruskan misi untuk mencari buku2 yang terpaut di hati aku sejak sekian lama.
apa lagi kalau bukan booth di tingkat 2. MOY PUBLICATION.
tengah2 duk naek escalator tu, tiba2 je ada orang melambai kat aku. aku tak perasan pun. akak sebelah aku yang perasan. tdia tanya,''sape tu''
aku pun kilas n las2 tengok..lahhh kawan 1 persatuan ngan aku time kat uitm kedah dulu.knal rapat jugak lah kan sebab selalu buat prog sama2.
dia masuk sekjap je kat uitm tu.dalam 2 sem kut then dia pindah masuk IPG.
mubarak nama nya. tapi sekadar buat muka terkejut lah. sembang mmg tak lah kan.dia pg tingkat 1, aku naik tingkat 2.
sampai je kat booth MOY, memang bes lah kan sebab aku kan memang peminat setia majalah ujang..
tanye jer, koleksi mana aku xde.. komfem aku jawab. ''banyak jugak yang xde..'' haha
Ujang ni aku da stat baca n jd pminat fanatik dari aku pandai baca lagi. hah! punyalah lama kan...sebab apa aku minat dia?? sebab Pak Cik Din hensem haha.dengan sliper di tangan, rambut krinting menggulung, memang macholah kan. :P
sempat aku beli
1)koleksi lagenda saripuddin
2)Ujang Bumper Raya 2010
3)Ujang Bumper Puasa 2011
4)Paper Bag MOY n free 2 majalah MOY keluaran biasa
lepas je beli, sempat gak melilau2 tengok booth2 kt tingkat 2 tu. pergi kejap kat booth Jundi Resources n ambik satu buku.
Peranan Muslimat di Medan Amal Islami - Al-Syeikh Dr Faisal Mawlawi
menarik kut buku ni. nak tahu sebab apa menarik?? sebabnya, cover page dia kaler pink haha.
mana boleh bagitawu, nak tawu kena lah pergi sana and beli sendiri. x mahal pun, ringgit2 je.
setelah selesai, maka aku meneruskan tugas ku yang paling getir iaitu membeli buku yang telah diorder secara khas oleh yong aku. pebende ntah suruh aku beli buku novel.. nasib baik aku ni adik yang sejati lagi mithali. demi kakak tersayang,llayan kan je lah.
Adam dan Hawa karya Aisya Soffea(KARANGKRAF)
nasib baik senang je cari.
bila tang sini lah maka aku and abang n anak saudara aku ber reunion kembali. dah nak balik kan.. reunion sambil mengadap muka anak saudara kitorang yang penuh tensen tu. ye lah.. dia beli buku sikit jer. tapi nak tunggu kitorang habis beli buku punya lah lama ya amat.
waktu ondaway nak keluar tu, terserempak dengan ust Riduan Mohamad Nor. penulis kata pengantar a.k.a editor buku peranan Muslimat DI Medan Islami yang aku beli tadi. sempat jugak lah dia sembang sikit ngan abg aku. diorg knal kut. akak sebelah aku tu pun mcm knal. tapi dia kata ust tu mungkin dah lupa dia sbb dia muslimat. mungkin prnah buat satu prog bersama.
aku memang tak kenal lah sape kan walaupun baru je aku duk beli buku dia tu.
puas sudah membeli buku. tibalah masa untuk pulang. aku harap buku2 yang aku beli ni xde lah sampai book fair tahun depan baru brjaya abis kan haha.
ada jugak orang memperlekehkan. katanya membazir
kadang2 kita ni tau beli je tapi baca nye takat sekerat je( cakap kat diri sendiri)
tapi at least, ada lah jugak usaha tu.. kalau kita beli, mungkin satu hari akan tergerak hati untuk bacanya sampai habis.
tapi kalau kita tak beli langsung, walaupun dah tergoncang hati nak baca.memang komfem xdpatlah sebab nya buku nye memang xde..
maka mari lah kita sama2 menegakkan suruhan Baginda yang pertama
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ * خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ * اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ * الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ * عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ *
Terjemahan:
[96: 1] Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
[96: 2] Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;
[96: 3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
[96: 4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
[96: 5] Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
dan ingat, sebelum nak baca buku2 ilmiah,motivasi atau politikus sekalipun, bacalah buku yang tiada cacat celanya, buku yang terkenal dengan keindahannya, buku yang terbukti kebenarannya, buku yang menjadi penunjuk jalan pada kita.
itulah mukjizat agung nabi kita yang dirindui dengan segenap hati. Rasulullah S.A.W, AL-QURAN KALAMULLAH..
sekian wasalam :)
No comments:
Post a Comment