sesak.
sebak.
nada repent by farid sanullah yang menjadi ringtone hp beliau mendayu-dayu minta diangkat.
ah sudah jam 3.30 pagi. sedangkan baru sahaja beliau melelapkan mata dek kerana menyelesaikan tugasnya sebagai pelajar dan hamba yang tak pernah habis. malas sekali ingin diangkat.
namun, digagahkan juga tangannya untuk mengambil telefonnya itu. lalu dislide kan ke arah answer call..
mata yang berat dibiarkan terpejam.
hello assalamulaikum.
senyap.
assalamualaikum...
senyap lagi.
assalamualaikum.
waalaikumsalam..
kali ini matanya sudah tercelik. eh suara lelaki. tiba2 meremang bulu romanya. siapa pula lelaki yang slumber je telefon tgh2 malam ni. amarahnya datang. dibetulkan suaranya agar tidak bernada serak basah.
siapa ni? dengan suara tertahan dia bertanya. kalau ikutkan hati mahu diletak sahaja. tapi memikirkan mungkin ia punya urusan penting. memandangkan dirinya sendiri juga pernah mempunyai jawatan penting.
as, saya lah. balas suara lelaki itu
siapa saya. balasnya pula (jarang sekali orang memanggil nama nya dengan panggilan itu kecuali..)
sy, hafiz.
terasa bagai dihempap sesuatu dihatinya. secara automatik, lantas terus diputuskan telefonnya.
dia pantas bangun dari baringan. ber ta'awuz dan beristighfar panjang.
memohon agar dijauhkan daripada sebarang kejahatan syaitan, dan nafsu jahat
nada repent mendayu lagi. tetapi kali ini dibarkan sahaja. dilihat nombor yang masuk. panjang. sah. nombor luar negara. dia beristighfar lagi. nada repent tidak berbunyi lagi. namun kini hatinya pula berkecamuk.
'dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang' terngiang firman Allah yang sering disampaikan oleh naqibahnya 4 tahun yang lepas ketika beliau baru sahaja mengenali apa itu usrah.
lantas bingkas dia ke bilik air. mengambil wudhuk. serasa tenang sekali saat air wudhuk menyentuh kulitnya. usai, dihamparnya sejadah putih kesayangannya. disarungnya telekung dan meletakkan tasbih ungu kepunyaannya di tepi sejadah.
takbir diangkat, terlintas panggilan telefon itu tadi. hatinya cuba untuk khusyuk. dia berta'awuz sekali lagi. dan fokus pada bacaannya.
Bismillahirrahanirrahim.
"dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani."
setiap kali bacaan solat dialunkan, hatinya memaknakan bacaan tersebut. terasa sayu dan sendu.
lalu surah ar rahman dalunkan. surah yang menjad kesukaannya tika hatiny tidak tenang. rakaat pertama selesai diteruskan dengan rakaat kedua. kali ini air matanya tumpah. dalam sendu, dia meneruskan bacaan.
sengaja dia melamakan rukun dalam solatnya. di fokuskan hatiNya sungguh2 pada Allah. sujud terakhirnya diluahkan segala-galanya. apa yang terbuku di hatinya.
usai salam. dia berteleku. mengingat kembali apa yang telah tejadi kepadanya
.........
Saturday, May 30, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment