Thursday, June 4, 2015

Rawatan Islam

jam 12.30
telefon berdering
diangkat.
hello assalamualaikum kak shuwai...(terdengar suara anak usrahku)
kak shuwai dah tidur ke?
baru nak tidur. kenapa dik?
akak, akak tahu x mana2 perawat islam?
perawat islam? kenapa dik (dlm hati monolog sendirian)
ni haa. ada budak histeria. akak boleh tak bla bla bla.
hmmm nanti akk tanya MMK
lalu telefon dmatikan.
aku yang baru sahaja berniat utk tidur awal malam itu memandangkan kondisi tubuh yang tidak stabil, bangun, menyambar tudung dan sweater. bergerak ke rumah MMK yang selang 2 rumah sahaja.

Assalamualaikum..
waalaikumsalam. eh, kak shuwai. yo yo (mmk mmg suka bergurau dgn ku)
hah p siap, ad org histeria.
haaa?? oke2. akk p x?
akk xp. akak xlarat. demam. (aku membina alasan)
alar.. akak xpi, sy xnk p lah. sy mana reti. selama ni akk je buat.
maaf. akak xlarat. badan lemah. dah2. g sana. blok 5. apa2 hal gtau ya. luv u. hahaha. kbai.
tanpa menghiraukan, aku kembali ke dlm rumah dan membiarkan mereka

kasihan.
masuk kali ini sudah 2 kali aku menolak untuk melakukan rawatan
terkadang terasa seperti mencipta alasan.
tapi..
setiap kali terjadi,pasti ketika itu ad kekangan dariku sendiri

sekarang, kecoh di kolej mengenai penampakan lembaga pelik,bunyi mengilai dan sebagainya.
percaya lah. perkara itu memang sudah menjadi ruji buat kami ketika menjadi MMK.
dan kerna itu, aku mengenali apa itu rawatan Islam. mempelajari kerna siapa lagi yang mahu merawat. memandangkan perawat yang ad disini hanyalah perawat mslimin.

insyaAllah cuba setelkan apa yang patut disetelkan dengan awal kerana tahu, musim2 exam ni memang akan berlaku banyak kes. jadi bersiap sedia lah.
pernah esoknya aku ada exam, malam itu dipanggil ke satu rumah utk merawat. hmm buat je lah. tamat jam 5 pagi.
dan Alhamdulillah.. Allah bantu time exam. kalau kita ikhlas bantu orang, insyaAllah Allah bantu kita.

saya suka rawatan Islam. :)

mood baru habis berbekaam di kepala haha

1 comment:

Rintihan HambaMu said...

Subhanallah..bagis belajar rawatan Islam..sebab ia perlu. andai bukan kita yang mendalami bab ini..siapa lagi kan? moga terus diberi kekuatan..:)