Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasulku

salam ya sahabat2..
agak lama juga tiada post baru kan..post ngarut adelah...ada 2 purpose aku dlm entri kali ni

hmmm..ni aku nak tanya sikit..esok ni bersamaan 12 rabiul awal ada ape erk??
ce ingat balik
MAULIDUR RASUL??

haaa...pandai...tp ni lg satu soalan aku nak tanya..
bila sebut jer maulidur rasul,apa yg berlegar kat fikiran korang semua..

mestilah cuti kan..yahoo!!dapat lah bayar hutang tidur yg lama da tertunggak tu kan...
tahun ni agak berlainan sikit sebab sehari sebelum tu,VALENTINE's Day..alar...hari org bercinte2 tu...yes.bleh lah kluar lame2 hari ni ngan bf kan sbb esok cuti..kan3..TERBAEK lah kan..kan3

ishk3...NAUZUBILLAH...
yang korang bangga sangat nak sambut valentines day pehal ha??best sgt ke sambut birthday paderi tu...?ye...mende yg da berkurun lame kite smbut ni sbnrnya ada kisah di sebaliknya..

mari kita jelajah sikit..

macam ni...
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.


hmmm...
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.


Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.


Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol
hmm..masih nak sambut lagi ke wahai pakcik2 dan makcik2???

jangan lah kamu mencemarkan hari kelahiran nabi yg kita sanjungi ini..

lgsatu soalan cepumas aku nak tanya..

dimanakah nilai cinta kita kepada Rasulullah S.A.W.
bukan ape,adakah cinta dan rindu kita hanya akan menjelma apabila kita hampir dgn mauludnya saja??

bila time2 mcm ni baru lah kita nak pasang selawat2..tkar nasyid kat blog mngnai baginda..(terase plak aku hehe)skang ni baru lah nak bercerita pasal baginda..

hari2 lain xbleh ke???

adakah kita sentiasa berselawat keatas baginda??
atau adakah kita ni lalai..

selalu kita cakap..Ya Rasulullah...kami merinduimu...
namun di manakah letaknya rindu kita itu??

Bagaimana mahu di praktikalkan? Rasulullah bersabda :


"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana sekiranya kamu ikut dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat buat selamanya iaitu Al-Quraan dan As-Sunnah"

Apa guna mulut menyebut kecintaan kepada rasul tetapi perbuatan melakukan apa yang dilarang oleh rasul. Lebih teruk lagi jika menolak apa yang dibawa oleh rasul

Akhlak Rasulullah itu adalah Al-Quran kata Saidatina Aisyah. Maka kepada mereka yang betul-betul mengaku cintakan Rasulullah maka ikut akhlak Rasulullah dan Al-Quran

Tafsir Al-Quran
Surah At-Taubah ayat 24

Firman Allah SWT,

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.(24)

Huraian ayat

Menurut Imam Al-Qurthubi, ayat ini merupakan dalil yang jelas tentang kewajipan menyintai Allah dan juga Rasul hendaklah melebihi kecintaan kepada yang lain-lain. Tegasnya, barangsiapa yang menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah dan Rasul, mereka bakal memperolehi seksaan sama ada cepat atau pun lambat, di dunia mahu pun di akhirat.

Yang dimaksudkan menyintai Allah dan Rasul ialah mematuhi segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan juga Hadis.

Barangsiapa yang hanya menyintai Allah SWT tanpa disertai dengan menyintai Rasul, maka setiap amalannya tidak diterima oleh Allah SWT. Begitu juga sebaliknya jika hanya menyintai Rasul tetapi tidak menyintai Allah SWT, maka akan terjerumus ke lembah kekufuran.

Al-Quran menjelaskan tiada jalan untuk menyintai Allah melainkan mesti menyintai Rasul sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali Imran,

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Ali-‘Imran : 31)

Dalam surah At-Taubah ayat 24 tadi Allah SWT menjelaskan 8 sebab yang menjadi penghalang seseorang itu untuk menyintai Allah dan Rasul.

Yang pertama ialah cinta kepada bapa termasuk juga ibu. Bapa adalah orang yang paling dihormati dalam sesebuah keluarga. Dialah yang bersusah payah mencari rezeki dan dialah orang yang penting dalam membuat sesuatu keputusan. Dia juglah yang mewalikan pernikahan anak perempuan dan dengan nama dia jugalah anak-anak itu dibin atau dibintikan.

Oleh kerana itu anak-anak akan merasa marah jika orang lain mencemuh dan mengutuk bapanya sehingga mereka sanggup bergaduh, bertengkar kerana mempertahankan nama baik bapa. Persoalan, jika anak-anak sanggup mempertahankan bapa mengapa dalam masa yang sama mereka tidak sanggup mempertahankan Rasulullah saw jika baginda dihina oleh orang kafir ?

Yang kedua ialah cinta kepada anak-anak. Sudah menjadi hasrat pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat sebagai pemyambung keturunan. Ada yang mudah mendapat zuriat, ada yang sukar dan ada yang langsung tidak dikurniakan zuriat. Bagi mereka yang tidak memiliki zuriat biasanya akan mengambil anak angkat yang dipelihara seperti anak kandungnya sendiri.

Anak adalah pengarang jantung bagi ibu dan bapa. Seorang bapa yang penat bekerja bila mendengar suara anak-anak kecil di rumah hatinya akan terhibur. Ada bapa yang sanggup membelikan hadiah dan barang permainan yang mahal-mahal untuk anaknya. Ada ibu bapa yang memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menyewa hotel-hotel peranginan sama ada di dalam mahu pun di luar negara semata-mata untuk bercuti dengan anak-anak.

Namun jika cinta kepada anak-anak melebihi cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga tidak sanggup marah kepada anak-anak yang terang-terang melakukan dosa seperti tidak solat, maka tunggulah balasan Allah SWT tidak kira cepat atau lambat.

Yang ketiga ialah cinta kepada adik beradik. Biar pun semasa kecil sering bergaduh namun bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus. Jika di sekolah apabila abang melihat adiknya dibuli, abang akan mempertahankan adiknya. Begitu juga jika sudah besar dan dewasa apabila abang meninggal dunia, maka adik akan mengambil alih tanggungjawab untuk membela anak-anak abangnya seperti dia menjaga anaknya sendiri. Inilah sifat naluri manusia.

Yang keempat ialah cinta suami kepada isteri dan isteri kepada suami. Ada suami yang sanggup menyerahkan semua wang gajinya kepada isteri. Ada juga suami yang sanggup membelikan hadiah hari jadi yang mahal-mahal untuk isterinya. Bagi isteri pula ada yang sabar menjaga suaminya yang sakit atau lumpuh dan sebagainya. Sedikit pun tidak ada di riak wajah suami atau isteri perasaan kecewa dan kesal.

Yang kelima ialah cinta terhadap kaum keluarga. Disebabkan cinta kepada keluarga ada suami yang ditawarkan bekerja ke luar negera terpaksa menolak tawaran tersebut walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan. Hal ini semata-mata tidak mahu berpisah dengan isteri dan anak-anak, apatah lagi jika anak-anak itu masih kecil yang sudah pastinya memerlukan perhatian seorang bapa.

Yang keenam ialah cinta terhadap harta. Ia adalah sifat semulajadi manusia. Di kalangan manusia ada yang bekerja keras siang dan malam untuk mengumpulkan harta sebanyak yang mungkin. Daripada emas berkilau, wang ringgit, rumah besar dan kereta mewah sehinggalah sampai kepada baju yang berjenama.

Di antara harta kekayaan itu, ada yang diperolehi melalui usaha sendiri dan ada harta yang diperolehi secara warisan. Sudah tentu harta yang diperolehi melalui hasil titik peluh sendiri lebih dikasihi daripada harta warisan.

Yang ketujuh ialah cinta kepada perniagaan yang diusahakan sama ada perniagaan yang kecil mahu pun yang besar. Bagi mereka yang berniaga kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak dan kuih muih, amat risau sekiranya hari hujan menyebabkan mereka tidak boleh berniaga. Manakala bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan besar seperti gedung-gedung jualan juga amat risau jika berlaku demontrasi jalanan menyebabkan gedung perniagaan mereka dirompak atau sebagainya.

Dan yang kelapan ialah cinta kepada tempat kediaman. Ada manusia yang sanggup berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit untuk mengubah suai rumah mengikut citarasa yang disukai. Ada yang buat rumah di atas bukit, di tepi tasik dan tidak kurang juga yang buat rumah di tengah-tengah padang Golf. Sedangkan untuk menyahut panggilan Allah SWT ke Baitullah dan menziarahi makam Rasulullah saw di Madinah asyik tertangguh-tangguh. Demikianlah kegilaan manusia pada rumah.

Di akhir ayat Allah SWT berfirman,

“kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.

Maksudnya orang yang mengasihi sesuatu sehingga melebihi kasih kepada Allah dan Rasul, mereka bukan sahaja diancam azab di dunia dan di akhirat tetapi mereka juga diistiharkan sebagai fasik (penderhaka).



hmm...maka,kita renung2kanlah ia..

cermin diri sendiri..
maaf lah.entri kali ini agak panjang..no OFFENCE2..

Ya Rasulullah..AKU MENDAMBAKAN MU...AKU MERINDUIMU..AKU MENYAYANGI MU..

No comments: