Wednesday, December 21, 2011

PERCUTIAN YANG MANIS 4

bismillahhirrahmanirahim.. Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh..
ahlan wasahlan ya sahabat. moga Allah redha..(kata2 kucing diatas)

selawat dan salam buat junjungan tercinta.
Alhamdulillah.. bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati nikmat Islam, iman dan ihsan lagi. dah beberapa hari di rumah kakak aku. lagi beberapa minggu dapt lah balik rumah :)

baik hari ni aku nak sambung cerita pasal percutian aku yang manis tu hehe.
dah lame tak sambung.
maklumlah..orang bizi macam aku ni mane ade masa(bizi ap ntah)
sbnarnya, smalm aku termimpikan budak2 ni. tu yang terpanggil untuk sambung balik tu.. :)


baik!
hari ketujuh
setelah bercuti 3 hari,campur hari aku ponteng sebeb demam tu,maka bermulalah permulaan minggu baru..
kali ni berbeza sbb kak ju dah xde, kak bun pun xjaga sama. tp aku masih dibantu oleh guru2 pasti yang lain. iaitu kak laila, kak bun, kak ram dan kak mimi. mereka bergilir2 membantu aku setelah disepakati pada meeting sebelum itu bersama para ajk.

modul pertama.
modul ni aku di bantu oleh kak ram
puzzle. hah... ni lagilah modul paling santai. main puzzle jer.sbnarnya selepas puzzle patutnya ada modul lagi satu, namun asas jahitan.namun terpaksa ditunda kerana beberapa sebab. masa diberisampai sebelum zohor membuatkan aku risau. dengan suara aku yg totally 'out' waktu tu membuatkan aku termanggu huhu. nasib baik ada kak ram. dia lah yg banyak fikirkan game2 yg bermanfaat sebelum modul puzzle bermula.dan dia lah yang menjerit kat depan tu memberi arahan pada budak2 ni. kalau ada apa2 aku nak cakap, bisik saja kat dia. then dialah yg tolong cakapkan haha.

pengajaran hari ini adalah : kita hendaklah bersyukur dan menghargai nikmat yang diberi Allah pada kita. tengok macam aku, kan dah jadi macam bisu sementara. Alhamdulillah.. terasa benar hikmahnya..

disebabkan modulnya santai, maka kurang lah benda untuk diceritakan.

setelah dhuha, makan tengahari, dan solat zohor kami teruskan dengan slot sirah.
ianya dibantu oleh kak laila. tapi sebenarnya nampak seperti akulah yg menjadi pembantu dia sahaja. hahaha. dia yg wat semua sbnrnya.
baik dalam slot ni, peserta disuruh membaca 2 buku kisah nabi2 setiap satu kumpulan.
setelah membacanya, hendaklah difahami dan diingati. kenudian buat summary atas kertas mahjong dan bentang lah dihadapan.
terpulanglah pada kekreatifan mereka. samada nak buat gaya ke apa ke..

tamat sahaja, maka makan petang dan solat asar.
semasa perbarisan untuk pulang, aku pon membisikkan sesuatu pada kak laila. hari ini adalah hari istimewa buat salah seorang peserta.hari lahirnya, namanya...




iqbal. yg pakai baju merah tu. comel kan. dia adalah salah seorang peserta pertama yg aku kenal. rapat kut ngan die ni.. :)


hari kelapan
slot hari ini adalah asas jahitan dan mahir dengan tali.
baiklah. asas jahitan,
aku dibantu oleh kak bun.
kami menyuruh peserta menjahit sarung handset..
caranya mudah aja.. lipat2, jahit2 sikit, dah siap!
ni 1 aktiviti yg agak mudah.
tapi adalah aktiviti yg paling payah untuk beberapa peserta lelaki.
eh lupa nak gtau. hari ini juga merupan hari lahir seorang peserta perempuan. inilah....
nadia. kumpulan aku tuh.. hehe. cantik budaknya.yg tengah.tudung merah. sebelah kiri tu adik dia. nadhirah



maka dapatlah kami makan kek untuk sarapan pagi tu. sedap tu.. handmade kut...

ok berbalik pada slot menjahit itu. kami sebagai cikgu2 sangat lah sibuk melayan permintaan mereka. kejap2 ''cikgu, tolong ikat mati'', cikgu tolong msukkan benang,'' cikgu tolong tu tolong ni''. memang xmenang tangan. tibe2 aku yg so so dalam isu jahitan ni,jadi macam hero pulak hahaha.berkerumun diorg. sampai ade yg nangis sebab tersilap buat. alahai adik comel ni... :)
hhaaa ni budak yg paling tak suka slot ni hehe

namanya alif. hobi dia?? cakap pasal makanan then tulis peristiwa yg berlaku pada hari2 d kem dalam buku,then bg aku baca. setiap hari pasti ada ayat tertulis, ''saya harap esok makanan sedap'' kalau dpt mkanan sedap, dia akan tulis,''akhirnya harapan saya tercapai'' hahahaha.
sangat kelakar.

disebabkan itulah lpas makan aku selalu jer tanya kat dia, ''alif, tercapai tak hasrat awak hari ni??'' die sekadar tersengih jer hehe.
tp budak ni bes kut sembang ngan dia. ade jer ceriternye. lawak pun lawak. cari gaduh memang no 1 hahaha.


antara hasil

ok baik, habis jer jahitan adalah mahir dgn tali. ada ajk yg terlibat. ust zabidi.
die ajar beberapa jenis ikatan tali. nama pun aku dah lupa hahaha.
ikatan tu katanya selalu digunakan pd hari raya eidul adha. utk lmbu2.. hahahha

habis jer makan, mandi dan solat zuhur, diteruskan pula dgn junior masterchef2.
menu:pizza roti.

setiap kumpulan ada guru yg ditugaskan. dan aku macam biasalah, Argentina lah.. hehehe'

barang2nya mudah sahaja.

roti,
sos spagheti
keju mozarela
sosej
isi ketam
tu jer.
mula2 sapu roti dgn sos spagheti
then tabur je sosej,isi ketam dan keju secukup rasa.
pastu bakar lah dgn suhu 150 dlm masa 10 minit.
siaplah pizza tu..

sedap gak rasanya.
sedap kut... huhuuh.

habis makan2, solat asar...




baiklah berhenti sebentar.. seronok rasanya ingat budak2 ni. hilang segala kedukaan huhu. kuatkan aku.. :)





nota kaki: adakah kita dikira hipokrit bila gelak2 kat depan org, tapi sbnarnya nangis d dpnNYA..
hmmm.. jawab jawab jawab hailah~ huhu





No comments: