Friday, December 9, 2011

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh....
bismillahhirrahmanirrahim..
masyaAllah.. esok gerhana bulan akan berlaku.. tanda apa tu ya??
tanda Allah murka. Naudzubillah.. moga kita tidak berada dalam kemurkaanNya...

maka aku disini menyeru kita semua utk sama2 menunaikan solat sunat khusufain. (gerhana bulan)

baik.. utk solat gerhana ni terdapat beberapa cara ya..


cara 1-ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

cara 2-Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.

cara 3-Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.


ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص ـل ة ج امـ ع ة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
ا ص ل&ى س ن ة خ س و ف ا لق م ر ر ك ـع ت ي ن مـأ م وم ـا ل ل ه
ت ع ـال ى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
ا ص ل&ى س ن ة ك س و ف الش م س ر ك ـع ت ي ن
مـأ م وم ـا ل ل ه ت ع ـال ى

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).


Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring .


sekian copy and paste dari aku. moga diberi manfaat.wallahualam.. sekian wasalam




nota kaki- tadi terbaca post dari ust hadi uitm kedah cakap esok ada solat gerhana secara jemaah di PI. rasa macam nak pergi je huhu ..hailah~

No comments: