Wednesday, May 16, 2012

MaRi BerAmal

bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada semua yang bergelar muslim.
Alhamdulillah,puji pujian buat Allah yang memanjangkan nyawa hambaNya agar bisa utk kita bertaubat atas kesalahan2 yg telah dilakukan.
selawat dan salam untuk junjungan nabi Muhammad S.A.W,keluarga baginda,dan para sahabat.

ok baiklah.. hari ni aku nakbuat kuis (walaupun secara teorinya bukan aku yang buat) tapi peduli apa,ni kan blog aku..

semua boleh menyertai kuiz ini. kalau rajin, post jawapan di blog ni ye. :)
boleh lah buka buku n Al Quran.

hadiahnya,insyaAllah mendapat ilmu yang tidak ternilai harganya. :) mari cuba,try,test


(untuk soalan yang jawapannya ada dalil,kalau disertakan dalilnya lagi baik)

1. siapakah  Nabi yang dakwahnya paling lama?   
2. apakah yang diminta oleh Asiah (isteri Firaun) kepada Allah s.w.t., sebelum beliau dibunuh?
3. apakah kisah terbaik dan terindah yang diceritakan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran?
4. dalam surah Al-Kahfi, telah diceritakan tentang permusafiran Nabi Khidir dan Nabi Musa A.S. apakah tiga perkara yang dilakukan oleh Nabi Khidir yang menggugat kesabaran Nabi Musa A.S, dan mengapa?
5.siapakah nama perempuan terbaik di muka bumi?
 6. namakan Nabi dan kaum, yang Allah telah timpakan bencana angin yang kencang kepada kaumnya?
 7. namakan salah seorang sahabat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk dipulaukan kerana ketidakhadirannya ke medan perang Tabuk?
 8. namakan Nabi dan kaumnya yang Allah telah hidangkan dengan makanan dari Syurga?
 9. namakan isteri Nabi, yang Allah telah sampaikan salam kepadanya melalui malaikat Jibril A.S?
 10. namakan kaum yang telah membina rumah-rumah dengan gunung?
 
Selamat menjawab :)

No comments: