Alhamdulillah syukur pada Allah kerna dapat lagi kita meminjam udara daripadaNya.
haaa setelah hampir seminggu aku post kuiz tu, maka hari ini aku nak ler bagi jawapannya.
ntah ada ntah tidak yg jawab aku xtahu. klau ada Alhamdulillah,moga semuanya betul,klau xbetul pun,xpe.moga ilmu yg dicari tu kekal.dan klau xjawab pun xpe.. asal kome bace jawapan dia ni n ingat,Alhamdulillah.. :) hehehe. jangan pernah berputus asa dalam menyampaikan sesuatu (*tibe) haha
baiklah mari kita ambil jawapannya.
1. siapakah antara Nabi
yang dakwahnya paling lama?
-nuh a.s
2. apakah yang diminta oleh Asiah (isteri Firaun)
kepada Allah s.w.t., sebelum beliau dibunuh?
-rumah di syurga (at-tahrim: 11)
3. apakah kisah terbaik dan terindah yang diceritakan
oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran?
-kisah nabi yusuf (yusuf: 3)
4. dalam surah Al-Kahfi, telah diceritakan tentang
permusafiran Nabi Khidir dan Nabi Musa A.S. apakah tiga perkara yang
dilakukan oleh Nabi Khidir yang menggugat kesabaran Nabi Musa A.S, dan
mengapa?
tiga perkara; (al-kahfi)
(i) membocorkan perahu (al-kahf: 71)
(ii)membunuh seorang anak (al-kahf: 74)
(iii) membetulkan dinding rumah (al-kahf:
77)
sebab;
(i) raja yang akan merampas bahtera (al-kahf: 79)
(ii) khuatir mendorong orang tuanya pada
kekafiran (al-kahf: 80)
(iii) ada harta benda kepunyaan anak yatim (al-kahf:
82)
5.siapakah nama perempuan terbaik di muka bumi?
-maryam (ali-'imran: 42)
6. namakan Nabi dan kaum, yang Allah telah timpakan
bencana angin yang kencang kepada kaumnya?
-kaum 'ad, nabi hud (al-ahqaf: 21-25)
7. namakan salah seorang sahabat yang diperintahkan
oleh Allah s.w.t. untuk dipulaukan kerana ketidakhadirannya ke medan
perang Tabuk?
ka'ab bin
malik
8. namakan Nabi dan kaumnya yang Allah telah hidangkan
dengan makanan dari Syurga?
kaum nabi isa a.s (al-maidah: 114-115)
9. namakan isteri Nabi, yang Allah telah sampaikan
salam kepadanya melalui malaikat Jibril A.S?
-khadijah r.a
diriwayatkan dalam
hadis sahih, dari abu hurairah r.a, dia berkata, "jibril datang kepada
nabi muhammad s.a.w. lalu berkata: wahai Rasulullah, ini khadijah telah
datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. apabila
dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan
beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga (terbuat) dari
mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan."
10. namakan kaum yang telah membina rumah-rumah dengan
gunung?
-kaum tsamud, nabi soleh (as-syu'ara: 149)
haaa gimana?? ada yg betul semua?? ada yg salah 5??? ada yg semua salah?? Alhamdulillah tahniah :)
walau apa pun,
moga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan dariNya.. Ameen..
sekian~salam ^_^
No comments:
Post a Comment