Monday, July 22, 2013

mencari 'RAMADHAN' di bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..
Allah Allah..
salam Ramadhan Kareem buat semua sahabat2.
sungguh aku merindui kamu. rindu untuk menulis. rindu untuk menaip. namun terhenti kerna kekangan masa yang mendesak.

Kini sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa. tamat sudah fasa pertama dalam Ramadhan
Fasa Kerahmatan.
Pada 10 hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada Allah kepada manusia.Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.

Allah Allah..

terasa baru sahaja bermulanya puasa. seperti ianya berlaku pada hari semalam. sungguh Ramadhan kali ini sangat berbeza dari yang lepas.
Tahun lepas sepanjang Ramadhan berada di rumah untuk menunggu tawaran degree.
kini Ramadhan sebagai seorang pelajar. bahkan Ramadhan sebagai seorang pemimpin di suatu tempat. jauh dari keluarga. sukar berjumpa. kekangan masa, Payah. itu sudah pasti. sungguh istiqamah itu bukan mudah. 

Usaha usaha usaha.

30 juzuk. taraweh. tahajud. solat2 sunat. zikir. istighfar.
usaha usaha usaha.

Ya Allah.. permudahkan lah aku untuk beribadat padaMu ya Tuhan.
sungguh aku tersangat merinduiMu.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?  AL ANKABUT ayat 2

diuji dengan kesibukan. Allah... :(
kuatkan..

No comments: