Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.
hari ini sudah 2 syawal.
sudah 2 hari merayakan kemenangan.
sudah 2 hari boleh kembali makan di siang hari,
maksudnya sudah 2 hari syaitan dilepaskan.
Allah.. its supposely time to upgrade our iman.
kita ni memang disunatkan untuk puasa sunat 6 hari di bulan syawal.
dan terlebih sunatnya pada raya kedua.
puasa kali ini pastinya sangat berbeza dari tahun lepas.
kalau tahun lepas, sebulan berada di rumah, sebulan mencuba resipi baru, sebulan membuat kuih2 han, sebulan menumpukan perhatian pada al quran.
tahun ini pula di tempat baru.
sebagai seorang pelajar jurusan kejuruteraan. sebagai seorng pelajar yang tidak punya kuliah tetapi stay di kolej. motif sangat kan.
program habis malam2 buta, sambung dengan perjumpaan,
tidur pun hanya selepas solat subuh.
itulah aku. sibuk kesana sini. mengejar masa yang diberi smaa rata kepada semua.
terkadang malu dengan diri sendiri. terkadang malu dengan mereka.
aku kini bukan yang dahulu lagi. jauh berbeza..
namun iman yang diharapkan tidak sama.
biarlah bertambah.
janganlah berkurang.
walaupun ikutkan amalan memang xlayak. sob sob.
raya kali ini family aku semua balik umah mentua. tinggallah mak, abah, aku n abg aku yg bujang n sorg lg abang yg xblik umah mertuanya.
pelik jugaklah raya kali ni.
sibuk tu hanya di raya pertama je. busy benor. tu pun sampai pukul 2 je. then terus reda. aneh...
hmmmmm..jd...
selaku seorang insan yang mudah lupa, jadi sempena lebaran yang indah ini, aku ingin memohon ampun dan maaf pada mereka yang mengenali diriku baik di sekolah rendah,menengah,mahupun di peringkat asasi. juga di peringkat degree.
moga di bawah lembayung rahmatNya.
kullu am wa antum bikhair.
maaf zahir batin :)
semoga hati ini di dalam golongan hati hamba2Nya yang sentiasa bersyukur. Allahumma Ameen..
Friday, August 9, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment