Thursday, September 11, 2014

POSITIVE MIND

bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah 

baru sahaja mengeluarkan kata2 itu. Allah terus menguji dengan kata2 yang dikeluarkan.

Wahai org2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. As Saff.

Allah.
bersangka baiklah pada Allah.
bersangka baiklah pada makhlukNya
bersangka baiklah.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan ahli neraka pada pandangan mata manusia, padahal sebenarnya dia adalah  ahli syurga. Dan sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan mata manusia, padahal dia sebenarnya adalah ahli neraka” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



Rasulullah saw menegaskan lagi yang maksudnya : “Ada orang yang mengerjakan amalan ahli neraka, padahal sebenarnya ia adalah ahli syurga dan juga ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli syurga, padahal ia sebenarnya adalah ahli neraka. Sebab sesungguhnya amalan itu akan dinilai pada akhir hayat seseorang.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


zikir.
solawat. Allahumma solli ala Saiyyidina Muhammad

No comments: