Monday, February 16, 2015

Tuk Guru. Perginya murabbi sejuta ummah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t semuanya.

Baru-baru ini kita diberitakan dengan kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
subhanallah.
malam jumaat.
tarikh kematian as syahid imam hassan al banna.
tak mampu ku luahkan dengan kata-kata.
tak mampu untuk diterjemahkan dengan penulisan perasaan ku ketika itu.
mendapat berita ini dari teman. ketika itu kami sedang melawat felo kolej yang lama sudah tidak dijumpai. usai mendapat berita ini, aku sudah tidak betah lagi berada di situ. lalu aku keluar dari rumah tersebut. konon untuk menenangkan hati.
dalam perjalanan,tanpa sedar, menitis air mata ini. sungguh. benarkah berita ini. tak nak. aku tak nak terima.

perjalanan diteruskan tanpa hala tuju ke kafe. kononnya mahu ke atm. tak pasti kenapa ke sana destinasinya. terlihat seorang muslimah di dalamnya. jujur. kosong. itu lah perasaan ku ketika itu. berpaling sahaja muslimah itu, ya Allah, sahabatku. dia terkejut, riak muka berubah, lalu berpelukan dan menangislah kami disitu.
aku hanya mampu menangis. tak mampu nak luahkan apa2 kata2.
dia membawaku ke kereta teman. kereta yang berjasa.

"dah2. jom pergi rumah kami" katanya
jom cari tiket bas ke kelantan.
tanpa berfikir panjang, ku minta mereka berhenti di blok rumah ku untuk mengambil pakaianku.
dan ku temui rakan2 yang bersamaku ke rumah felo bg memaklumkan aku pergi ke rumah sahabatku.

dalam perjalanan. terus aku meminta sahabatku menghubungi temannya bg menempah bas untuk ke sana. sungguh. aku terlampau ingin pergi kesana.
dan Alhamdulillah. malam itu juga, kami bertolak ke sana
perasaan ku kembali tenteram dengan kehadiran sahabat2.

dalam bas, tidak mampu aku melelapkan mataku. kembali mengingati tuk guru. dahulunya semas ku kecil, aku mendengar ucapannya, meraih semangat darinya. namun. pada hari itu, aku pula menguruskan perjalanan sahabat2 untuk menziarahi kematiannya. sebak. dan ku tidur dengan air mata malam itu.

bas berhenti untuk solat subuh di tanah merah. kembali kepada realiti. realitinya tuk guru sudah tiada. dia telah meninggalkan aku, meninggalkan kami. meninggalkan kami dengan rantai perjuangan yang diwarisi jauh dari Rasulullah.
kembali kepada realiti. tiada lagi suaranya. tiada lagi taujihadnya.
apa yang sudah aku bantu untuk Islam.
terlihatnya kelibat motor2 besar. berlambang dan berstikerkan PAS. sudah pasti mereka juga seperti kami. dalam perjalanan melawat Tuk Guru.

perjalanan diteruskan lagi. berhenti untuk sarapan. aku sudah tenang ketika itu. tersenyum. ya. aku sudah mampu.

kini tibalah kami di kawasan perumahan tuk guru.
sungguh terlampau ramai manusia yang datang menziarahi insan hebat ini.
perjalananku diiringi kalimah istighfar bagi menenangkan perasaan. senang untuk berjalan sendirian. tanpa teman. itu lah yang aku lakukan.
sampai sahaja, baru diketahui, jenazah sedang disembahyangkan. tapi dia akan melalui jalan yang aku sedang berada ketika itu. aku berhenti. dan terus menanti. ramai yang mengajak aku untuk berteduh. tapi ketika itu jiwaku kosong. bermacam2 di fikiran. biarlah. biar aku disini. biar aku menanti. cuaca ketika itu agak panas. aku duduk di birai jalan dengan penuh kesabaran. menantikan unit amal yang bertungkus lumus memastikan perjalanan terakhir tuk guru berjalan dengan lancar.
istighfar tetap di bibir. menenangkan perasaan ku. kelihatan ramai muslimin mula berada di birai jalan. menutup pandanganku. sungguh aku tidak selesa. cuma ketika itu aku mengharapkan ya Allah berilah aku peluang untuk melihat perjalanan terakhir Tuk Guru. walau hanya keranda sahaja.
mataku mula bergenang. dan terus bergenang. aku cuba menahan kerna tidak mahu dilihat anak-anak buahku. kena kuat. kita pewaris perjuangan.

orang mula berpusu-pusu. aku sudah tidak nampak jalan. kemudian seorang unit amal datang dan agak sedikit marah kepada orang ramai yang melebihi had jalan yang dibenarkan. aku merayu didalam hati, tolonglah permudahkan tugas mereka. jangan menyukarkan. lama kami menanti. yang lalu hanya orang ramai. lalu seorang dari mereka mengatakan jenazah dah tiada. dah dibawa kekubur ikut jalan belakang.
aku terdiam.
pakcik2 dihadapanku mula melangkah pergi. terus kekuburan. tapi aku ketika itu tidak mahu langsung bergerak. diam. kosong. tidak lama selepas itu lalu lah beberapa orang yg dikenali seperti ust Don dan perdana menteri.
dan kedengaran bunyi takbir. Allah. rupanya jenazah sedang diusung. takbir bersahut-sahutan. dan ya. keranda tuk guru melalui hadapan mataku. baru sahaja melihat hujung keranda, aku sudah tidak mampu menahan lagi rasa. hiba. tertunduk. seumur hidupku tidak pernah aku melihat tuk guru dalam jarak dekat. hatta keretanya saja. ketika bermusafir dahulu bersama 2 sahabat ke rumah tuk guru pun aku xdapat melihat dari jarak dekat. tapi kini, tiada lagi tuk guru. yang hanya ku lihat adalah kerandanya sahaja. dan tangisan mengalir lagi. tuk guru oh tuk guru.dan ya. yang anehnya, suasana bertukar kepada redup.

duhai tuk guruku sayang,
kau telah pergi menghadap ilahi,
terasa tidak mampu diri ini menerima kenyataan itu.
mungkin Allah hadirkan rasa ini, perasaan ini.
bagi memberi gambaran perasaan sahabat Rasulullah ketika kewafatan Rasulullah.
bezanya sahabat pasti lebih kuat, kerana ujiannya lebih hebat.
menerima kehilangan penyampai risalah umat.

duhai tuk guruku sayang
tenanglah kau disana.
semangat juangmu aku serap
kelantanganmu, ketegasanmu, kelembutanmu.
berehatlah duhai tuk guru ku.
berehatlah kau sepuas-puasnya disana.
kerna ku tahu, didunia ini kau telah penat
penat demi mencari kehidupan abadi akhirat
dan aku pasti, insyaAllah kau sedang bergembira disana.

duhai tuk guruku sayang..
moga aku sekuat,setabah, dan seistiqomahmu.
moga dakwahku sekukuhmu.

dan aku yakin. kita bukanlah pemula, bukan juga pengakhir. tetapi kita lah penyambung rantai perjuangan Rasulullah s.a.w.

saya sayang Rasulullah s.a.w
dan
saya sayang tuk guru nik abdul aziz nik mat
sangat2
Al fatihah TGNA
moga Allah mencucuri rahmat kepadamu.

Tuk guru. perginya murabbi ummah



No comments: