bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
subhanallah.
Allahu akbar.
Allah Allah.
syukur atas kurnia ini. diketuk tika makin menjauh, dihambur tika hampir terleka, disimbah tika hampir pincang. moga Allah tetapkan hati.
hari ini terasa mahu menceritakan mengenai 2 kisah.
kisah satunya tika di dalam kelas.
kisah duanya tika hampir waktu berbuka tadi.
mula kisah yang pertama.
kisah bermula bila aku dan kawan2 memasuki kelas kpd. kelas mengenai pembelajaran kepada pelajar. mungkin tidak mengena sangat dgn kos yang diambil, tapi ada manfaatnya mungkin.
hari ini kai belajar mengenai keseimbangan pelajar. dr kami tu memang gemar bercerita. kisahnya ketika student, final projectnya, tika dia bekerja, dihantar ke india dan macam2 lagi. lalu dia bertanya kepada kami, apakah matlamat hidup kami.
diam.
apakah matlamat kami dalam masa setahun setengah ni.
diam.
lalu dia berkata, akhir kuliah chapter itu, dia nak kami tulis matlamat kami di upsi ini. dalam masa 1 and half year ni. kami pun krik2 je. tapi layan kan je.
disebabkan terlampau bosan, aku macam biasa mula lah mencoret perkataan yang ntah pehape di helaian kosong. ayat yang berlegar di pemikiran seminggu ini kembali dilakar. "Shuwai, berubahlah."
simple sahaja ayatnya. tapi memberi makna yang mendalam buatku. selesai sahaja mencoret, ditandatangan pula oleh mereka yang disayanagi.
kesemua pelajar perempuan ac10.
mereka kakak2. haha.
kembali kepada kuliah. tamat sahaja chapter itu, dia meminta kami mengeluarkan helaian kosong dan menulis matlamat kami di upsi.
dan aku?
ambil sebatang pen dan terus menulis.
15 saat,
tamat dah aku tulis. melihat yang lain begitu tekun menulis membuat aku tertanya, apa yang diorg tulis sebenarnya.
memang banyak sungguh diorg tulis. melihat kepada coretan aku memang jauh berbeda. apa yang aku tulis?
matlamat hidup- run to mardhotillah.
dan
matlamat upsi?
1 perkataan.
"pembentukan".
ya. itulah matlamat aku tika aku mula menjejak kaki ke Upsi. mungkin ramai yang tak tahu bahawa aku langsung tidak berminat untuk menyambung pengajian di upsi. bahkan tika hari mahu mendaftar juga, aku masih lagi menangis pada malam sebelumnya. tetapi Alhamdulillah, masuk sahaja, air mata tidak keluar lagi :)
berbalik kepada pembentukan, faktor utama utk aku kembali memohon ke pengajian tinggi adalah aku rindukan usrah.
aku perlukan usrah. dimana aku kenal usrah di kampus. justeru, aku ingin lagi melalui suasana itu, merasai tarbiyah itu.
dan sungguh, aku ingin membentuk diriku. aku bukan seperti mereka. mereka yang baik apa adanya. ya. aku mengerti. aku berbeza dari mereka. latar belakangku berbeza. taraf kami xsama. mereka semuanya hebat2, mereka semuanya dasyat2. sebaliknya aku? aku bermula bukan dari kosong, tetapi aku bermula dari tahap negative.
bertatih, terkial, mencari jalan pulang.
kerana itu, matlamat aku adalah aku mahu membentuk diriku.
membentuk menjadi hambanya yang solehah. susah. jerih. iman itu ada naik turunnya.
nak bentuk memerlukan pengorbanan.
nak bentuk menjadi muslimat yang all rounded person. yang boleh memberi idea, yang lantang bersuara, yang bijak memperhalusi sesuatu, yang tegas, ada lembutnya.. wahh. matlamat ku tinggi. tapi aku yakin, xmustahil. dan aku sedang mencuba untuk itu
nak bentuk jadi muslimah yang terpelihara hatinya.
hati, bukan mudah nak jaga. punya ramai beradik lelaki buatkan perwatakan ini terkadang tak diduga. moga Allah jaga perbuatan.
nak jaga hubungan dengan manusia. abah mak, keluarga, sahabat, kawan, roomate, housemate, coursemate dan sahabat seIslam. aku memang dingin. dan skarang sedang cuba mendahulukan apa yang sahabat inginkan. ya. sedang cuba.
banyak lagi yang ingin dibentuk. kearah kesabaran, kemahiran.dan pelbagai.
dan paling penting nak bentuk diri jadi orang yang sentiasa ikhlas dalam setiap segala perbuatan.
biarlah setiap segala sesuatu hanya kerana Allah.
jaga hak Allah, maka Allah jaga hak kita.
aku rindu Allah.
aku rindu Rasulullah.
biarlah hati ini hanya milikNya.
Ameen.
itu yang aku harapkan aku dapat bila aku tamat belajar di Upsi. dan benda ini akan dibawa sampai ke akhir hayat.
bukankah aku anak panah yang sedang berjuang?
Thursday, March 19, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment