Wednesday, February 2, 2011

Tidur lepas subuh!apa komen anda??


Assalamualaikum buat semua....:)
hari ini saya...seorang hamba hina ingin berkongsi sesuatu dengan kalian..hehe

ok.hmm..

tidur selepas subuh..?apa komen anda???
bes kan..tmbah2 ble tak de klas pagi...wahhhh...lg lah mnyeronokkan..

ni aku nak cerita sikit.sebenarnya waktu mula2 masuk dulu,aku agak kejutan budaya kat sini sebab aku tengok tidur selepas subuh ni telah menjadi perkara biasa buat semua warga di bumi merbok tidak kira usia,tua atau muda.ianya agak berlainan ngan keadaan di rumah aku.tenang lagi damai dan menyegarkan mata.eceh..

aku yg naif lg daih ni,setelah di asuh dan didik dgn pnuh kasih sygnya oleh roomate2 aku n roomate2 kwn2 aku,lalu dgn slambernye tlh mninggalkan segala tradisi di rumah aku..tidur lepas subuh..
bangun semayang 30 minit,then tidur balik.
bangun kul 6,tidur kul 6sengah

klau ada peluang qiam,pas subuh kmfem tidur blik..ishk3.

*kalau mak bapak aku tawu,kompem kene kejo keliling rumah.

namun,cuti sem hari tu,aku telah berjaya bangkit semula!eceh..
yelah...cuti hampir 2 blan.jadi aku dah kembali membiasakan diri untuk xtidur lg lepas subuh.Alhamdulillah...aku telah diberi hidayah Allah...hehehe

weii2..tawu tak...waktu aku zaman sekolah dulu...tidur pas subuh adalah sesuatu yg agak weird bg aku..tidur ptg selalulah...hampir wajib tiap2 hari.ngeee...

hmmmm...
sbnrnya bgus ke x erk tidur pas subuh ni??

disini aku sertakan beberapa kajian drpd dato' dr prof madya permata.aku lah tu...

Menyambung tidur selepas Subuh, sememangnya memang tidak digalakkan. Sahabat2 boleh baca petikan artikel di bawah untuk tambahan maklumat :

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith:
'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.

jom kite tengok bahayanya pulak..


[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

haaa..tu dari segi islam..
meh kite tengok dari segi moden pulak..

1)tidur lepas subuh boleh mengurangkan daya ingatan

2)tidur selepas subuh boleh membuatkan badan mudah merasa leth dan sengal2..

3)Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)



haaaaa...banyak kan..jadi nak tidur lepas subuh lg tak???

baek lah lpas subuh tu kita bace al-mathurat ke,bace Quran ke,wat assignment ke,study ke dan sbgnya...

sbnarnya bile xtidur lpas subuh ni,otak jd lbih cerdas dan segar..jd kita akan jadi lebih bersemangat!!!
.
tapi jgn ingat aku langsung tak tidur lepas subuh.
ada gak r beberapa belas kali aku terbabas...hehehe.

maka, ayuh lah kita berusaha wahai kawan2..bersama kita berusaha membanteras tidur selepas subuh
aja aja fighting!!haha


No comments: