Wednesday, May 11, 2011

RABITHAH


bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wat semua pembaca yg dihormati(bajet ramai org bace blog aku)

hmmm..pada malam yg indah ini,aku ingin berkongsi satu perkara dgn kalian..perkara ini patutnya dari sem lpas lg aku dah update,namun mungkin aku terlalu mmndang remeh..ku pikirkan semua sudah tahu..Allah..

hmmm..
RABITHAH..
apa itu RABITHAh??
g google translate,then cari sendiri hehe..
rabitah adalah penghubung..alar..xpnah dgr lagu rabitah ke xpon doa rabitah yg kita bace tiap2 pagi lpas habis al-mathurat tu...haaaaa..tau kan..
namun bkan rabithah itu yg aku maksudkan..:p

rabitah yg aku maksudkan adalah rabitah di dalam solat...:)
apemende tu??ade ker??haaaaaa
setiap solat jemaah memerlukan penghubung tau..
tahukah kalian..selain daripada masjid,setiap solat berjemaah memerlukan rabitah..
maksudnya,surau ke,rumah ke,semua memerlukan rabitah dan sang rabitah..'sang rabitah'?? maksudnya orang yg jd penghubung tu lah..

tidak kiralah bagi jemaah lelaki mahupun wanita.
sekiranya tiada,ianya akan mengakibatkan jemaah itu tidak sah solatnya..
contoh rabitah adalah pintu yg mnghubngkan jemaah lelaki dan perempuan..
kalau yg dpat sembahyang straight belakang imam tiada masalah..namun yg terjadi apabila tempat itu penuh dan perlu solat hingga keluar contohnya..

di sini aku sertakan beberapa perkara penting mngenai rabitah


SYARAT RABITAH

1)pintu atau lubang yg luasnya hendaklah sehingga boleh dimasuki seorang individu yg tidak gemuk dan tidak kurus saiznya.bukannya sekadar langsir.xboleh ni tau..walaupun langsir itu nipis dan lutsinar:(

2)tidak direntasi oleh apa2 benda sekalipun.means kalau ada sehelai benang sekalipun,maka ia akan membatalkan solat jemaah org itu..

3)seorang muslimin atau muslimat yg bersolat itu hendaklah dapat melihat salah seorang makmum lelaki ataupun imam.

4)sekiranya jemaah ramai,maka org pertama yg melihat makmum lelaki itu adalah merupakan penghubung dalam solat itu..maka wajiblah dia mengangkat takbir telebih awal dari makmum lain di belakangnya..sekiranya makmum belakang yg mngangkat takbir terlebih dahulu,maka tiadalah sah solat jemaahnya..

apa lg ye...
ermmmm
hmm..org yg jd rabitah ni seelok nya biaqlah berakai naa..

tu je lah kot..
bab rabitah ini jgn dipandang ringan..boleh jadi tiada sah solat kita dibuatnya..
aku sebenarnya takut jugak nak update mende ni..takut korang tak faham..lain yg aku maksudkan,lain pulak yg korang faham..risau aku..kalau takat penulisan ni mmg aku serio sikit.
kene brdpan baru snang nak cter.
kalau tak paham,jangan malu2 n segan2 nak kontek aku..aku lebih rela ditanya kalian sbb tak faham daripada ditanya di hari akhirat kerana membuatkan korg tersalah amalan.. naudzubillah.

sekian sahaja daripada aku yg tak seberapa ini..yg mana baik dijadikan tauladan,yg buruk dijadikan sempadan..
maaf andai terkasar bahasa..
~wallahualam..




ps:muzakarah kitab2 feqah dan arab.:)

3 comments:

Jebat said...

alhamdulillah...suka enty ni,

KETIKA KU RASA said...

Alhamdulillah...saya suka entry ni, mungkin ramai yang masih belum memahami perkara ni.

Ibtisam PurpleWhite said...

Alhamdulillah..saat kumencari-cari bahan tambahan utk menjawab persoalan daripada salah seoarang sahabat kampus aku terjumpa blog ini.
terima kasih.jazakillah.
persoalan yang dah terjawab sedikit demi sedikit.

#DariSahabatUntukSahabat