Tuesday, May 10, 2011

sekitar jubli emas






<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4


Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh dn salam sejahtera untuk semua.

Selawat ke atas junjungan tercinta,nabi Muhammad S.a.w..

Bersyukur ke hadrat Allah,dgn izinnNya kita dapat merasai nikmat hidup pada hari ini..

banyak nye snap gamba...

Sahabat2..:)

Suka aku nak berkongsi mengenai satu majlis besar yg dlakukan bulan lepas..


Mungkin sudah terlambat untuk diupdate..namun aku kena cerita juga kerana telah berjanji dgn mereka secara tidak langsung..

Madrasah Ad Diniah Al Bakriah, pondok Terusan Limbat,Pasir tumboh Kelantan telah mengadakan sambutan jubli emasnya pada 22 April yg lepas.walaupun terlewat 7 tahun dari tarikh asalnya,namun sambutan yg dijalankan tetap meriah dan mendapat sambutan dari seluruh negara. Seluruh pelajar muslimin serta muslimat dan tenaga pengajar telah berganding bahu bagi menjayakan majlis yang gilang gemilang ini.

Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah adalah sebuah madrasah atau pondok yang telah diasaskan oleh pasangan adik beradik iaitu Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar dan adiknya Tuan Guru Haji Mustafa bin Abu Bakar..ianya telah diasaskan pada tahun 1954 dan dinamakan sebagai Madrasah Ad diniah Al Bakriah sempena nama bapa mereka..madrasah yg pada mulanya hanya diduduki oleh 6 orang pelajar sulung , kini telah mencapai 1000 orang dan telah melebihi 3000 orangbekas pelajar tidak kira pelajar tetap mahupun sementara.Madrasah ini turut dibantu pengelolaan nya oleh Tuan Guru Haji Hasyim Bin Abu Bakar.

Setelah kematian 2 beradik ini,madrasah Albakriah ini telah diuruskan sepenuhnya oleh ipar mereka ini dan telah mengalami beberapa proses naik taraf..Madrasah ini yg pada mulanya tidak menerima pelajar muslimat,kini telah membuka pendaftarannya dn telah mempunyai lebih 50 orang pelajar dan melebihi 150 orang bekas pelajar samaada pelajar tetap mahupun pelajar sementara.


madrasah ini juga dikenali sebagai pondok terusan limbat,pondok pasir tumboh dan al bakriah.. info lanjut sila klik albakriah.com

No comments: