Tuesday, December 6, 2011

percutian yang manis 2



bismillahirrahmanirrahim..
salam sejahtera semua,salam bahagia, salam 1malaysia. uppsss haha
selawat dan salam buat rasul junjungan S.A.W.. Alhamdulillah, nikmat Islam ,Iman dan Ihsan masih lagi dapat dirasai.. insyaAllah.. moga kita semua beroleh rahmatNya tidak kira di dunia mahupun di akhirat sana. Allahumma Ameen..

sambungan ye..
hari kedua

modul akidah,iman dan islam di sebelah pagi dan mini gardening di sebelah petang..
baik, setelah beratur,bersenam di awal pagi, peserta diberikan sarapan pagi. mewah lah budak2 ni.. pagi makan, tengahari makan, petang pun makan juga.. dah lah petang tu makan makanan berat. haishh.. rosaklah misi2 diet.. ;)

akidah..
setiap kumpulan diminta menghantar 4 orang wakil. 2 yang berbadan besar dan 2 yang berbadan kecil (sje je nak trick diorg hehe)
seterusnya peserta diminta menarik beberapa jenis ikatan di dinding.
ikatan 1- benang
ikatan 2- tali rafia.
ikatan 3- tali yang aku pun xtau nama dia.. tapi kukuh lah tali tu..

1,2,3!!

yahh.. TARIK...
dan akhirnya.. berlakulah acara putus memutus di antara tali..

resolusi..
itu sebenarnya adalah analogi bagi akidah.
akidah itu ibarat ikatan kita dengan Allah S.W.T..
kita dapat lihat dari perbezaan ketiga2 ikatan ini. benang yang sangat nipis itu sudah pastinya terputus, begitu juga dengan tali rafia...dan tali yg kukuh itu, tiadalah terputus akan ia.. (perghh ayat..)

begitu juga dengan kita, sekiranya diri kita ini diisi dengan akidah yang nipis, maka akan mudah lah ianya terputus.. seperti benang itu.. banyak melakukan maksiat, tinggalkan suruhan..itulah yang akan jadi dengan kita. ikatan kita dengan Allah akan mudah terputus..

mahukah kita berada seperti tali rafia yang berada di pertengahan.. agak tebal tapi akirnya terputus jua..
ianya boleh diibaratkan dengan diri kita yang melakukan suruhan seperti solat 5 waktu, namun disulam juga dengan maksiat2. contohnya bersentuh2an antara bukan muhrim, tidak menjaga aurat atau mungkin juga yang hanya membalut aurat.. dan banyak lagi.. nak ke duduk tengah2 antara syurga dan neraka?? haishhh...

atau..


mahukah kita menjadi sepetitali yang kukuh itu. sekiranya diisi dengan ibadah yang kuat,bukan sahaja yang fardhu, malah yang sunat juga. meninggalkan larangannya.. maka ikatan kita dengan Pencipta akan menjadi sangat2 kukh dan sukar sekali terputus.., apakah balasan orang seperti ini?? pastinya syurga yang amat manis.. :)

kemudian rehat utk solat dhuha dan terus dengan iman dan islam.. peserta diminta untuk menulis kelima2 rukun islam dan keenam2 rukun iman..
mereka diminta untuk menerangkan satu2 rukun ini..
tertarik aku dengan satu kata2 dari kumpulan imam muda.

apabila ditanya bagaimana beriman dgn qada' dan qadar, dia menjawab 'kalau ada orang telefon kita kata ayah kita dah meninggal,kita tak boleh persoalkan sebab itu adalah ketentuan Allah.. '

mabruk adik nardine.. baru 7 tahun tau budak ni..

then rehat utk makan, mandi dan solat zuhur.
selesai saja, naka bermulalah aktiviti yang menarik perhatian anak2 ini. mini gardening..

setiap kumpulan menanam 4 pokok. 3 pokok bunga iaitu pokok bunga isabella dan bunga kertas serta pokok cili.. semangat lah budak2 ni...


hari ketiga
hafazan
hah.. ini modul paling santai rasanya bagi aku.. peserta dibahagikan surah daru juzzuk amma dan diminta menghafal. tugas kami hanya pergi ke setiap kumpulan dan mendengar bacaan mereka..
menarik juga sebab setelah sampai hari ketiga ini jumlah peserta sudah bertambah sehingga 29 orang gitu..
setelah menunaikan solat zuhur, acara yang paling dinantikan mereka. junior masterchef1..

jeng2..
mestilah masak2 kan.. aigoo. penat maa.. walaupun diorang yang masak tapi kami selaku cikgu perlu menyediakan bahan2 serta membantu ajk yang terlibat pada hari itu.. masak apa?? sandwich jer.. then diorg buat jus kurma dan juz oren.. ajk yang terlibat adalah kak wahida, seorang dietition di HUKM. maka banyak lah tip2 yg aku dapat. sape nak kan tip2 tersebut boleh koling2 ye ;)


hari keempat
akhlak..
haaaa.. ni paling best. bagi aku lah.. sebab kami kena terapkan rasa kasih sayang anak2 ini pada ibu bapa mereka..

modulnya adalah, kami meminta setiap peserta menulis barangan yang mereka dapat dari ibu dan bapa mereka. mula2 aku mintak 50 jer, then bila dah ramai siap aku mintak 100. rehat sebentar utk dhuha,dan disambung kembali.. muka tensen je budak2 ni haha. paling kelakar bila ada 2 orang adik beradik ni

si adik berkata:''abang, x-game tu kongsi kan''

dan bila si abang berkata"abang punya lah.... ", maka si adik ni xtulis lah dalam kertas dia tu..
lawak kan. kalau abang dia cakap kongsi, baru dia tulis hahaha.

setelah melihat emosi peserta makin tidak stabil,aku mintak tambah lagi jadi 150.. tensen2..
maka tamtlah permainan aku. then aku menyuruh beberapa orang wakil utk membacanya dihadapan..

antara barangan nya adalah;
laptop
ipad
ipod 1, 2, 3
ps3
dan melambak lagi..
dasar budak2 zaman sekarang hahaha..

setelah itu aku menyuruh mereka untuk lipat2 kertas yang ditulis itu, then aku suruh diorang koyakkan.. semua trkejut, tapi terpaksa ikut cakap lpas aku paksa2.. sebab aku kan cikgu... hehe.

setelah semua koyak, mereka diminta mengumpul koyakan itu dalam bulatan kumpulan.. then kitorg pon maen psycho sket lah... cakap lah sampai hati diorg koyak2 kan.. itu seperti harapan ibu ayah mereka yang mereka koyakkan... kami cikgu2 memainkan peranan utk jadi lebih garang sikit lah..

banyak juga yang kata, ''cikgu yang suruh koyak''
dan kami akan balas,''kalau cikgu suruh awak bunuh mak ayah awak sekarang, awak buat tak?''

maka terjadilah acara nangis2 tu.. walaupun xsampai hati untuk garang2 ngan diorg, tapi fikir balik, itu adalah demi untuk kebaikan mereka juga.. lama jugak lah.. dengan aku2 sekali menangis hahaha. maklumlah, kami cikgu2 ni pun ada ibu bapa juga.. tapi bila budak2 ni bukak mata, kena lah cover macho, xnangis sikit pun hehe..depan diorg je lah..


antara lagu yang dimainkan
sini

tamat sahaja, mereka diminta ambil wudhuk dan makan tengahari..

dan selesai zuhur, aktiviti seterusnya adalah.. seni khat..
satu cabaran juga buat mereka kerana hanya menggunakan pensel buat rumah tu..
tapi diorg tak tau, malam sebelum itu adalah cabaran buat cikgu ju dan aku. kenapa?? sebab kami lah yang kena mengasah 30 pensel besaq gedabaq tu.. tido lmbat aku malm tu jadinya. hoho.
ayat yang ditulis adlah bersesuaian dengan aktiviti sebelum ini, 'terima kasih ibu dan ayah'

seronok tengok diorg hias2.. siap ada yang melukis lagi..
then diorg akan diberi markah atas hasil kerja mereka. lepas dapat markan semua xsaba2 nak tunjuk markah diorg kat aku.. haha cutenye...
cantik2.. setelah itu solat makan2 dan solat asar..

TO BE CONT..

No comments: