assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh buat semua sahabat2 ku semua.
Alhamdulillah.. bersyukur pada Allah kerna dapat lagi kita hidup di muka bumi ini, dapat lagi kita menyembahNya, dapat lagi kita berzikir padaNya,dapat lagi kita merasa perasaan rindu padaNya dan rasulNya. insyaAllah..
entri hari ini bertemakan,tolak perasaan malu, mari belajar bersama2 aku,sebab ini berkaitan dengan masa depanmu. ewwahh.. berpantun pulak. :)
ok entri hari ini bertajuk..(baca seperti di atas).:p
ingin lah aku berkongsi tentang sedikit ilmu yang aku pelajari dan insyaAllah masih diamalkan. bukan banyak pun..sikit jaa..buat tatapan semua muslimat.muslimin pun boleh.. utk ajaq anak2 bini nanti..fardhu ain ni!
isu pada hari ini adalah cara solat bagi yang berhadas.
keputihan, istihadhah, mazi, wadi.
apa itu keputihan,apa itu istihadhah,apa itu mazi dan apa itu wadi
Keputihan adalah ketulan yang keluar dari faraj wanita yang berwarna putih. biasanya akan keluar tatkala keletihan dan juga berlaku perubahan hormon.
Istihadah ialah darah penyakit yang keluar sebelum minimum waktu haid yakni semalaman,atau selepas maksimum waktu haid yakni 15 hari atau sebelum cukup 15 hari waktu suci
Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat (di awal rasa rangsang).
Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang selepas buang air kecil (kencing).
kesemua jenis yang disebut di atas adalah NAJIS. dan kadang kala menyebabkan hadas yang sentiasa.
maka perlu diingatkan,syarat sah solat adalah bersih daripada najis.
ada yang bertanya pada aku, mcm mne nak solat kalau air2 di atas keluar dengan secara constantnya. adakah perlu untuk kita mandi wajib setiap kali keluar??
jawapannya TIDAK.
air2 diatas merupakan najis namun ianya bukanlah membuatkan kita berhadas besar.
nak dijadikan cerita, semua di ats ini boleh lah di sama levelkan dengan air kencing. air kencing tu najis kan. jadi kita tak perlu mandi wajib kan. haaa begitulah..jadi ini lah perkara yang perlu dilakukan ketika mahu solat.
SEBELUM WUDHUK
pastikan telah masuk waktu solat, baru lah boleh berwudhuk
BERWUDHUK
sebenarnya ada 4 step WAJIB dilaksanakan bagi org2 yang beristihadah, keputihan dan kluar air2 ni
1)bersihkan faraj
2)sumbat kapas (jika tiada kesakitan)
3)pakai pad or panty liner.(jika tiada kesakitan)
4)ambik wudhuk or tayamum (mengharuskan sembahyang).
sekiranya sakit untuk menyumbat kapas atau pakai panty liner, maka boleh jer kita tinggalkan 2 step ni. tapi ingat, jika SAKIT.
satu lagi peringatan, pada waktu siang hari ketika puasa,jangan menyumbat kapas. batal puasa pula jadinya.
hah.time wudhuk tu pulak, jangan hampa pi niat ''sahja aku mengangkat hadas kecil....'' sebaliknya hampa kena niat ''sahaja aku mengharuskan sembahyang...''
sebab apa?? lahh.bukankah kita sedang berhadas yang sentiasa.jd tak terangkat lah hadas kita tu.
SEBELUM SOLAT
setelah berwudhuk dan bertayamum, korang kena cepat2 bersiap utk sembahyang. kadar utk wudhuk itu masih sah adalah 2rakaat solat yang ringkas(baca yang wajib sahaja)
KECUALI
1)korang tunggu imam
2)tunggu azan or iqamat
3)korang bersiap2 utk solat (pakai telekung,jaga aurat etc)
yang lain tak boleh.jangan pulak lepas ambik wudhuk tu korang g berfesbuk dulu ke,balas msg ke. memang tak boleh lah kan.
PERLU DIBERI PERHATIAN
kerana korang ini dikategorikan sbg berhadas,maka sekiranya solat berjemaah berhati2 lah.. jangan terpijak kain or telekung orang di sebelah. sekiranya terpijak,maka BATALLAH SOLAT ORANG DISEBELAH ITU.
sebabnya, dia telah menampung najis yang ada pada diri korang. kesiankan. jadi berhati2 lah..
lagi satu hal, kadang2 bila kita masuk surau or masjid ada kita nampak orang yang sedang solat terbuka auratnya tambah2 kaki ketika mereka sujud. maka adalah yang menolong menariknya kembali. Alhamdulillah..bagus, tapi sekiranya kita mengalami salah satu daripada hadas yang di atas atau mungkin juga haid, jangan sesekali menariknya kerana ianya akan membuatkan org yg sedang solat itu menampung najis kita pula. carilah seseorang yang sedang suci.
begitu juga dengan anak kecil yang memakai pampers. sekiranya ada najis di dalam pampers itu dan dia memegang telekung ibunya,batallah akan ia solatnya.(kalau sntuh xpa,jangan pegang)
SELESAI SOLAT
sekiranya mahu menunaikan solat fardhu yang lain, maka wajiblah kita untuk berwudhuk semula. dan melaksanakan 4 STEP td.walaupun darah xkeluar,keputihan dah xde and air2 xkeluar.
sebabnya, setiap satu wudhuk bagi situasi ini hanya sah untuk satu solat fardhu.
kalau solat sunat xpe. boleh teruskan jer.
haaaa.. jadi itu je lah sedikit perkongsian yang aku nak bg hari ni. kalau xpaham,atau ada sebarang pertanyaan, boleh lah kol aku,or klau xbpe ade kedit hehe,msg pun boleh,kalau xde henfon, bleh PM di fb(sure korg ade fb kan). nk face to face pun ape slahnya hoho.ni fb aku click. sebab kadang2 kita baca menda same, tp pemahaman berbeza. dan kadang2 aku sendiri pon xpaham apa yg aku tulis hahaha. jadi cakap depan2 kan senang.. :)
sekian wasalam
4 comments:
Nice ! Tq !
Maaf bertanye,kenyataan di atas Berdasarkan kitab mana eh? Orang lain boleh menampung najis kita tu,istinbat hukum dr ayat mana ye?
waalaikumsalam.
insyaAllah kenyataan tersebut di ambil dari kitab salbila muhtadin karangan Syekh Muhammad Arsyad. kitab ni membicarakan hukum fiqh.
ada dirujuk dalam kitab ini perihal menampung najis. tapi kalau nak lebih pencerahan, boleh buka mana2 website yang membicarakan soal tampungan najis ketika solat, contoh, kanak2 yang bernajis/memakai lampin naik atau duduk diribaan kita ketika tahayyat. hukumnya sama sahaja dengan keputihan sebab keputihan adalah najis. saya sertakan link ya. http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/276-batalkah-solat-bersentuh-anak-bernajis.html
wallahualam :)
Post a Comment