Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami."
Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
bukankah di dalam surah Ar-Ra;d Allah sudah berjanji,dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang. apakah kita lupa pada janjinya? mana mungkin Allah itu menipu hambaNya :)
sebal??
marah??
kusut??
bukankah itu hasutan syaitan??
muhasabah lah kembali.
berwudhuklah
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)
“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)
solatlah
“Dijadikan penyejuk mataku di dalam solat.” (Riwayat Ahmad dan An-Nasaai)
“Wahai Bilal! Serulah untuk solat (iqamat) dan rehatkanlah kami dengannya.” (Riwayat Abu Daud)
berdoalah
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina.
(Surah al-Mu’min:60)
berzikirlah
Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)
mengajilah
"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya."- saidina Ali :)
Allah..ampunkan aku...
maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan???
salam :)
No comments:
Post a Comment